Proton Saga (generasi ketiga)
Proton Saga (generasi ketiga)

Proton Saga (generasi ketiga)

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.Proton Saga generasi ketiga, dengan kod nama P2-13A merupakan sebuah sedan bersegmen A yang direkabina oleh pengeluar kenderaan buatan Malaysia Proton. Kenderaan ini dirasmikan pada tanggal 28 September 2016 sebagai pengganti rasmi bagi Proton Saga generasi kedua.Saga generasi ketiga ini berasaskan platform Saga FLX , dan ia berkongsi enjin VVT 1.6 liter dari Proton Iriz.[1] Proton telah merekayasa semula sepenuhnya reka bentuk luaran Saga yang baharu. Bahagian dalamannya turut telah dirombak semula dan diperhalusi dengan penekanan kepada pengurangan NVH.Saga generasi ketiga ini telah ditempatkan sebagai sedan aras permulaan, lagi bawah daripada Persona yang lebih besar dengan segmen B. Tahap piawai keselamatan juga telah dipertingkatkan dengan pengenalan kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan struktur badan yang 20% lebih kuat. ASEAN NCAP telah menganugerahkan penarafan keselamatan sebanyak 4 bintang untuk Saga baharu.

Proton Saga (generasi ketiga)

Berat Kerb 1,035–1,075 kg (2,282–2,370 lb)
Tinggi 1,491 mm (58.7 in)
Lebar 1,689 mm (66.5 in)
Pemasangan Malaysia: Shah Alam (PONSB)
Pengilang Proton
Pengeluaran September 2016–sekarang
Jarak roda 2,465 mm (97.0 in)
Stail badan Sedan berpintu empat
Reka letak Susunan atur enjin hadapan dan pacuan roda hadapan
Kelas Kereta subpadat (A)
Panjang 4,331 mm (170.5 in)
Perekabentuk Azlan Othman
Juga dikenali Proton P2-13A
Enjin 1.3 L VVT S4PE DOHC I4
Penghantaran 5-speed manual
CVT automatik
Pendahulu Proton Saga
(generasi kedua)

Rujukan

WikiPedia: Proton Saga (generasi ketiga) http://www.newsaga.proton.com/ http://www.themalaymailonline.com/money/article/ch... http://www.motortrader.com.my/news/new-proton-saga... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/proton... http://m.utusan.com.my/bisnes/korporat/proton-mena... http://paultan.org/2016/09/24/driven-2016-proton-s... http://paultan.org/2016/09/27/2016-proton-saga-wat... http://paultan.org/2016/09/28/2016-proton-saga-lau... http://paultan.org/2016/09/28/new-2016-proton-saga...